Thursday 2 November 2017

PENGENALAN TENTANG WIDAD COLLEGE


Widad Business Group (WBG) telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melaksanakan penstrukturan semula saham Shahputra Education Sdn. Bhd (SESB) yang memiliki kelulusan beroperasi sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (surat rujukan : JPT/BPP(K)1000-600/C1014JLD2(8) yang bertarikh : 14 September 2016) iaitu :
  • Kolej Shahputra Cawangan Pekan (KSP) – DK317 (C)
  • Kolej Universiti Shahputra (UCSA) - DKU015(C)

Oleh yang demikian, selaras dengan perlaksanaan penstrukturan saham, Kolej Shahputra Cawangan Pekan telah diberikan kelulusan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk pertukaran nama kepada WIDAD COLLEGE yang beroperasi di alamat B10, Mezzanine Floor, Jalan IM3/13, BIM Point, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

WIDAD COLLEGE yang dulu dikenali sebagai KOLEJ SHAHPUTRA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (100% bumiputera) menjalankan PROGRAM KERJASAMA dengan IPTA tempatan iaitu seperti UiTM, UTM dan UPM. WIDAD COLLEGE yang berpengalaman dalam menerajui bidang pendidikan selama 20 tahun telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran.

Semoga WIDAD COLLEGE terus maju dan lebih berkeyakinan dalam bersama-sama membantu memberi peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

                   

                       
              









          

          







No comments:

Post a Comment

Widad College di Kuching Sarawak

Hari admin bersama pak ngah berada di UiTM Kota Samarahan, Sarawak bersama sama dengan ined UiTM dlm program Taklimat Peluang Menyamb...