Friday 3 November 2017

APA ITU PROGRAM KERJASAMA?

PROGRAM KERJASAMA merupakan program IPTA yang dilaksanakan di IPTS dimana pelajar-pelajar bagi lepasan SPM menyambungkan pengajian di IPTS. Adik-adik tak perlu risau, walaupun adik-adik belajar di IPTS, anda tetap pelajar IPTA. Bak kata paling mudah TUMPANG BELAJAR DITEMPAT KAMI. Walaupun begitu, keistimewaan pelajar PROGRAM KERJASAMA ini amat menarik kerana ianya:


  • Dipantau oleh IPTA
  • Berkonvokesyen di IPTA - Sekiranya anda mengambil program UTM, Maka adik-adik berkonvo di UTM, Skudai, sekiranya adik belajar mengambil program UPM maka adik berkonvo di UPM, Serdang dan sekiranya adik belajar mengambil program UiTM maka adik akan berkonvo di UiTM.
  • Sijil dan transkrip penuh dikeluarkan oleh IPTA
  • Silibus pembelajaran daripada IPTA
  • Mendapat tempat menyambungkan pengajian di IPTA/IPTS dalam peringkat Ijazah - yang ini kalau nak cepat sambung merujuk kepada keputusan CGPA adik, kalau keputusan dalam 2.0 ke 2.5 tu amat digalakkan "kerja dulu" dan selepas itu boleh sambung belajar menggunakan pengalaman.

Kami di WIDAD COLLEGE memberikan peluang pendidikan dan membantu  adik-adik yang lepasan SPM untuk menyambungkan pengajian. Kami juga menguruskan pinjaman pendidikan adik-adik dengan PTPTN, Bank, KWSP dan Yayasan Pendidikan Negeri. Dalam usia yang muda, adik-adik digalakkan menyambungkan pelajaran. Kerana semua ini untuk masa hadapan anda..

No comments:

Post a Comment

Widad College di Kuching Sarawak

Hari admin bersama pak ngah berada di UiTM Kota Samarahan, Sarawak bersama sama dengan ined UiTM dlm program Taklimat Peluang Menyamb...